Tuesday 17 November 2015

PROSEDUR LANGKAH-LANGKAH URUSAN JUAL BELI TANAH

Untuk info penting kepada semua pelanggan, adalah dengan lebih baik jika pelanggan meluangkan masa untuk baca beberapa prosedur, langkah-langkah pengurusan jual beli tanah, syarat beli tanah, persediaan sebelum jumpa wakil panel kami, isi / lengkapkan borang online di bawah, call/mesej kami setelah maklumat pelanggan berjaya dihantar.

Berikut Adalah beberapa langkah-langkah yang perlu pelanggan fahami, dokumen persediaan perlu dibawa oleh pelanggan semasa berjumpa dengan wakil panel kami:

Langkah Pertama
Sekiranya pembeli serius berhasrat untuk membeli tanah berkenaan, apa yang pembeli perlu lakukan adalah meluangkan masa hadir berbincang/berjumpa dengan wakil panel kami untuk memahami prosedur dan langkah-langkah cara beli tanah, harga tanah boleh nego ke atau tak, prosedur pembayaran, cara pembayaran, status tanah, pemilikan tanah, geran dan kategori tanah, syarat-syarat perjanjian jual beli tanah, syarat dan kelayakkan pinjaman untuk loan peribadi bertujuan nak beli tanah, dan proses tempoh urusan jual beli tanah. Pada langkah pertama ini, sekiranya pembeli hadir berjumpa dengan wakil panel kami, maka segala perkara berkaitan jual beli tanah akan dijelaskan oleh wakil panel kami.

Tarikh lawatan tapak akan disetting mengikut kesesuaian masa pembeli dan juga masa wakil pemaju. Pada masa perbincangan ini juga tarikh lawatan tapak dan Deposit atau Wang Pendahuluan 10% akan diputuskan oleh pembeli kepada wakil panel kami melalui perbincangan pertama.



Langkah Kedua
Pembeli perlu menyediakan bayaran Deposit atau Wang Pendahuluan sebanyak 10% daripada harga tanah, bayaran deposit tersebut dimeterai melalui Draf Surat Perjanjian Jual Beli Tanah (SPA) diantara Pembeli, Pemaju Dan Pemilik Tanah. Pada waktu atau hari yang sama pembeli dan wakil panel kami akan buat lawatan tapak. Di samping itu, pembeli menyediakan segala dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan pinjaman sekiranya pembeli nak buat loan, supaya segala proses dapat dipercepatkan, bayaran hendaklah dibuat diatas nama Pemaju tanah. i) Pemaju Tanah, Panel/wakil pemaju akan mengeluarkan resit/slip bayaran dan Draft Surat Perjanjian Jual Beli (SPA) kepada pembeli, proses bayaran pendahuluan dan perjanjian ini dilakukan di pejabat pemaju.


Langkah Ketiga
Dalam tempoh 10 atau 21 hari waktu berkerja, pemaju akan menyediakan surat perjanjian jual beli (
SPA) manakala urusan dengan pihak bank akan mengambil masa 7 hari bekerja untuk menentukan sama ada pembeli layak mendapat kemudahan pinjaman atau pun tidak, pembeli akan menandatangani perjanjian pinjaman dengan panel bank sekiranya permohonan pinjaman diluluskan. Panel kami akan menghubungi / menasihatkan pembeli supaya menandatangani perjanjian jual beli tanah dengan pemaju di pejabat pemaju. Semasa menandatangani perjanjian ini, pembeli hendaklah membayar baki tunggakkan iaitu sebanyak 90% lagi daripada harga hartanah. Nota Penting: Sekiranya pembeli tidak memohon pinjaman bank, baki tunggakkan boleh dilangsaikan oleh pembeli dalam tempoh 3 bulan dari tarikh bayaran Deposit atau Wang Pendahuluan atau tarikh perjanjian jual beli tanah (SPA).

 

Langkah Keempat
Sekiranya dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perjanjian (SPA) pembeli masih gagal membuat bayaran 90% tunggakkan kepada pemaju, pembeli boleh memohon lanjutan bayaran iaitu Janji Bayar (Promise To Pay) kepada pemaju dalam tempoh satu (1) bulan bagi mengelakkan perjanjian (SPA) terbatal dan sekiranya pembeli masih juga gagal, enggan dan atau ingkar untuk membuat bayaran selepas tempoh lanjutan, maka pemaju berhak untuk tidak memulangkan wang Deposit atau Wang Pendahuluan tersebut.


Peringkat Pembayaran
1) Deposit 10% daripada harga tanah
2) Bayaran Akhir 90% daripada harga hartanah

Persediaan perlu di bawa oleh pembeli semasa jumpa panel kami:
a) Dua (2) Keping Kad Pengenalan
b) Surat Pengesahan Jawatan (Appointment Letter)
c) Salinan Penyata EPF d) Bank Statement 3 Bulan Terkini Panel Kami Akan Menyediakan Borang Applikasi Untuk Permohonan Loan.

Bagi pembeli yang serius, sila hubungi kami
SHIN BERSATU HOLDINGS SDN. BHD.
Skype: shhimec
Email: shinbersatu@gmail.com
Blog: http://shinproperty.blogspot.my/

9 comments:

  1. Hi. Please cntct me . 0128168551. I have land to sell.

    ReplyDelete
  2. saya berminat tuan..saya bercadang utk beli tanah..tolong pm/wasap saya 0187938292

    ReplyDelete
  3. Saya ingin menjual tanah rezab melayu di dalam kampung..ad rumah satu buah..keluasan 3.6 ekar..rm 270k..kalau berminat wasap 0167804975

    ReplyDelete
  4. Saya hendak jual tanah dgn harga 400k.pembeli setuju beli dan beri deposit sbyak 30k.pada 20.9.2019 pembeli bgtahu pinjaman beliau bank bg lulus 90%.tapi dh blh 2.2020 masih tidak ada kata putus nk byr baki 90%.adakah perjanjian jual beli tu blh batal.

    ReplyDelete
  5. Tanah untuk dijual
    Hubungi Malik 0127523798

    ReplyDelete
  6. 1xbet korean - LEGALBETBET BORG - Legalbet
    1xbet korean - 1xbet LEGALBET BORG. 1xbet korean - LEGALBET BORG. 1xbet - LEGALBET BORG. septcasino 1xbet - LEGALBET BORG. 바카라사이트

    ReplyDelete
  7. LuckyClub Casino Site – Latest Bonus Offers
    LuckyClub offers casino games for over 30000 customers across the world from desktop computers, luckyclub smartphones, and tablets. The casino can also serve live dealer casino

    ReplyDelete
  8. A fun fact: casino.org/casino-on-site is the casino site for
    A fun 젖탱 fact: 바카라카운팅 casino.org/casino-on-site is the casino site 해외 토토 사이트 for Casino site: http://casino.org/casino/online-casino-on-site is the casino 슬롯 가입 쿠폰 site for real 바카라배팅 money,

    ReplyDelete